Penglibatan di dalam Politik Zulkifly Ibrahim

Ustaz Zulkifly memulakan penglibatan di dalam politik sebagai Ahli Jawatankuasa dan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Tambun sejak tahun 1995 hinggalah bermulanya era Reformasi (Malaysia) pada tahun 1998.

Sejak tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (kini, Parti Keadilan Rakyat)pada tahun 1999, beliau memimpin parti tersebut sebagai Ketua Keadilan Bahagian Tambun sehingga kini. Beliau juga adalah seorang Exco Pemuda Pusat Parti Keadilan Nasional sejak ditubuhkan sehinga tahun 2002. Sebagai pimpinan peringkat Bahagian, beliau juga diberikan amanah untuk memikul jawatan sebagai Setiausaha Negeri Perak dari mula penubuhannya hinggalah tahun 2003.

Penglibatan di dalam Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak

Sejak tahun 2003, Ustaz Zulkifly kemudiannya hanya memikul tugas kepartian di peringkat bahagian (kini, peringkat Cabang) sejak parti ini bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia dan dinamakan sebagai Parti Keadilan Rakyat. Bagaimanapun, pada sekitar tahun 2005, ramai pimpinan peringkat negeri mula meninggalkan parti ini dan akhirnya beliaulah antara pimpinan Bahagian yang terus setia bersama perjuangan parti dan diangkat sebagai Timbalan Pengerusi Negeri Perak sejak tahun 2006 hinggalah tahun 2007.

Pada tahun 2007 hingga 2008, Ustaz Zulkifly memimpin parti ini sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak. Pada masa ini Parti Keadilan Rakyat bersama-sama PAS dan DAP berjaya menubuhkan kerajaan Negeri Perak di atas solidari politik Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya Ustaz Zulkifly bolehlah dianggap sebagai seorang adalah seorang pengemudi Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak sejak tahun 1999 dan sejak penghujung tahun 2008, beliau diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PKR Negeri Perak.

Bertanding sebagai Calon Pilihanraya

Sebagai Ketua Parti Keadilan Nasional (KEADILAN) Bahagian Tambun, Ustaz Zulkifli Ibrahim dipilih pada tahun 1999 sebagai Calon parti KEADILAN bertanding dikerusi N20 DUN Manjoi menentang calon Barisan Nasional iaitu, Dato' Nadzri Ismail. Beliau mendapat undi sebanyak 10,803 manakala lawannya mendapat undi sebanyak 12,146. Beliau tewas dengan majoriti tipis sebanyak 1,343 undi.[1]

Sekali lagi pada tahun 2004, di dalam Pilihanraya Umum Ke-11, Ustaz Zulkifly Ibrahim bertanding merebut kerusi yang sama iaitu N23 DUN Manjoi menentang Calon Barisan Nasional yang sama dan tewas lagi dengan majoriti undi sebanyak 7,885 undi[2]. Beliau mendapat 9,210 undi manakala lawannya mendapat 17,095 undi.

Pada tahun 2008, iaitu pada Pilihanraya Umum yang ke 12, Ustaz Zulkifly bertanding di kawasan DUN yang lain iaitu N34 DUN Bukit Chandan dan masih lagi tewas kepada Calon Barisan Nasional, iaitu Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebanayak 1,794 undi. Ustaz Zulkifly mendapat 1,794 undi manakala lawannya mendapat 5,850 undi.[3] Bagaimanapun, di peringkat Negeri Perak Barisan Nasional gagal menubuhkan kerajaan Negeri kerana jumlah kerusi DUN yang dimenangi oleh BN kurang daripada jumlah majoriti.

Ustaz Zulkifly pada masa ini adalah Ketua Penerangan PKR Negeri Perak dan semasa Pakatan Rakyat menawan politik Perak beliau ialah Pengerusi PKR Negeri Perak[4].